Homemade Chocolate. Cakes. Bakes. Kuih Melayu. Sirih Junjung.Hantaran. CenderahatiCall me: Jamilah aka Kakcik Tel/sms : 019 431 6261
Email: alam.jamilah@gmail.com
Bayaran: Jamilah Rejab CIMB :0733 0007533527
Lokasi: Bandar Perda, Penang
Online Order: penghantaran melalui Poslaju dan CityLink ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura.




Sunday, October 25, 2009

Coklat - menjawab bbrp soalan...

Salam. Lama juga saya tak update blog. Bukannya tak ada aktiviti tapi sebetulnya waktu saya agak padat. Hanya ada sedikit kelapangan pada hujung minggu selepas menyiapkan tempahan...Saya akan cuba jawab bbrp soalan yang kerap saya terima melalui email, phone call dan juga sms. Pada yang bertanya, maaf saya pohon kerana tak dapat jawab impromtu sebab ada waktunya soalan itu datangnya waktu saya bekerja atau bermesyuarat. Sebenarnya saya bukannya arif sangat pasal bab coklat ini. Ilmu coklat ini hanya dari kelas-kelas coklat yang boleh di bilang dengan jari juga dari pembacaan yang terhad. Apa yang saya tulis di sini hanya menjawab soalan yang kerap diutarakan pada saya.
Jenis coklat:
Ramai yang bertanya coklat apa yang digunakan untuk penghasilan coklat homemade. Secara peribadi saya menggemari couverture. Peratus kandungan coklat sebanyak 57% coklat mengekalkan rasa chocolaty yang halus pad lidah dan ianya mengasyikkan. Puas makan.... Sebab itu saya banyak gunakan couverture dalam kelas dan juga untuk tempahan.
Coklat Belgian saya gunakan atas permintaan penempah sahaja. Harganya lebih tinggi,berpadanan dengan rasanya. Mulai minggu ini saya ada menyimpan stok Belgian coklat untuk seseorang yang amat sukakan coklat ini..
Kalau menggunakan couverture,saya gunakan compound Si(@0 dan SB. Sesekali saya gunakan coklat LKM; itupun ketika berjalan ke KL-Bangi dapatlah beli stoknya. Untuk coklat couverture, coklat berwarna yang saya guna untuk hiasan ialah coklat couverture putih yang diwarnakan dengan pewarna khas coklat.
Begitu juga dengan coklat compund. Saya gunakan jenama di atas. Dalam penghasilan coklat compound, saya tidak menggunakan coklat dari dari Indonesia walaupun warnanya menarik kerana bbrp perkara
1. Rasa
2. Kualiti
3. kandungan gula yang tinggi
Coklat berwarna jenama Indonesia ini saya gunakan sedikit untuk hiasan pada permukaan coklat sahaja, selainnya coklat compound jenama S& SB juga yang saya gunakan untuk menghasilkan coklat dar jenis compound.

Untuk kelas coklat, saya gunakan 2/3 coklat couverure dan 1/3 coklat compound. Say menitikberatkan teknik tempering yang betul sebelum beralih pada penghasilan coklat compound yang lebih mudah.Inti/praline:
Ya, saya buat sendiri berdasarkan resepi yang saya pelajari dari sifu coklat spt Chef Amir dan juga Sis Harida; pengusaha coklat terkenal tu...

Halal atau tidak?
Jawaban saya, saya mencari yang halal :)

Harga:
Harga untuk loose order adalah standard; tidak temasuk kos penghantaran
Harga untuk Coklat Hantaran, Doorgift dan hadiah berbeza antara satu dengan yang lain bergantung pada jenis/ bahan hiasan dan kotak yang di gunakan.

Kelas:
Selain di rumah dan di Komtar, saya juga adakan kelas ditempat lain. Baru tadi saya adakan kelas di Peel Avenue untuk 3 orang.
Yes, class can be conducted in English.

No comments:

Post a Comment