Homemade Chocolate. Cakes. Bakes. Kuih Melayu. Sirih Junjung.Hantaran. Cenderahati

Call me: Jamilah Tel/WA : 019 431 6261
Email: alam.jamilah@gmail.com
Lokasi: Bandar Perda, Penang
Online Order: penghantaran melalui Poslaju dan CityLink ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura.




Tuesday, May 18, 2010

Sayang Ibu.....

-------entri tertunggak-------

Sepagi-pagian pada Hari Ibu saya jadi despatcher. Seronok saya melihat wajah ibu-ibu yang ceria mendapat hadiah tanda kasih dari anak-anak mereka. Jom tengok...


Popcake; dari Juliana dan Jiha untuk  Mak dan MIL.



Erra bakal jadi menantu bulan Julai ini;hadiahkan coklat utk bakal mak mertua...ermm.. pandai ambil hati 




Kek coklat dengan ucapan selamat ulangtahun diminta oleh dua beradik Rashidi dan Farhah ;minta di hantar ke rumah ibu mereka pada pagi 9 Mei-  lupa nak tanya ulang tahun untuk apa..

Dari Yanti dan Firdaus, KL untuk Mak di MRSM PDRM, Kulim dan Mak di Alor Setar. Saya buat sama pek untuk 2 ibu bertuah ini..

Harijadi Linggeis Dharan serentak Hari Ibu. Dia mahu kek coklat yang ada imej Dragon Ball.

Dari Ika simanis 16 untuk Mama. 13pcs couverture susu dengan isian badam. "Coklat ni fevret Mama", katanya....Thanks Ika.










Popcake dari Dr Robiah di Sabah untuk ummi di Taman Sutera






Kek coklat untuk Sham, yang mengisi hidup membela anak-anak saudara yang kematian ibu -ayah. Sempena Hari Ibu, dia di bingkiskan kek ini tanda kasih dari anak-anak saudara.  Semuga bahagia sentiasa
Terima kasih pada semua kawan-kawan yang menempah. Salam ceria.

No comments:

Post a Comment