Homemade Chocolate. Cakes. Bakes. Kuih Melayu. Sirih Junjung.Hantaran. Cenderahati

Call me: Jamilah Tel/WA : 019 431 6261
Email: alam.jamilah@gmail.com
Lokasi: Bandar Perda, Penang
Online Order: penghantaran melalui Poslaju dan CityLink ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura.




Thursday, July 8, 2010

Menawankah Hitam itu?

Mereka bertunang Februari lalu. Awal Julai ini mereka bersatu dalam ikatan yang sah terpetri. Selamat Pengantin baru Mus dan Erra. Terimakasih kerana sekali lagi memberi kepercayaan pada Indah Chocolatier melaksanakan koleksi hantaran pernikahan ini. Hitam dan putih warna pilihan. Hanya hitam dan putih yang "dibenarkan" lalu saya gabungkan sinar perak untuk bangkit dari kepolosan warna legam.

Sirih junjung moden yang ringkas. Kapur, bunga pinang, gambir semuanya terselit bersembunyi pada celah kuntuman bunga. Di sebelahnya wang hantaran RMxxxx.xx dalam album berkulit logam perak.
beg tangan dan sejadah hadiah iringan
Maskahwin yang siap dijadikan bracelet dan cincin perkahwinan. Set barang kemas ini ditempah khas manakala batu permata dibeli sendiri oleh bapa mertua waktu berkunjung ke Myanmar
Telekung dari kain kotton bersulam penuh
Jam tangan jenama Guess dan purse Burberry
Wajik pemanis, saya suaikan bunga gumpaste biru muda dan riben warna perak. Ringkas!

No comments:

Post a Comment