Homemade Chocolate. Cakes. Bakes. Kuih Melayu. Sirih Junjung.Hantaran. CenderahatiCall me: Jamilah aka Kakcik Tel/sms : 019 431 6261
Email: alam.jamilah@gmail.com
Bayaran: Jamilah Rejab CIMB :0733 0007533527
Lokasi: Bandar Perda, Penang
Online Order: penghantaran melalui Poslaju dan CityLink ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura.




Friday, February 26, 2010

Hantaran Mus dan Erra II

credit to photographer...
untuk album...
kismis sebagai hantaran

berdiri dalam gleas kaca dan 4 bekas comel
tujuh dulang semuanya
another side of raisin tray

Terima kasih Mus dan bonda kerana meletakkan kepercayaan pada Indah Chocolatier untuk menyiapkan tujuh dulang hantaan pertunangan ini. InsyaAllah, kita mula bekerja untuk tema pernikahan ..hitam putih..

Thursday, February 25, 2010

Selamat Bertunang Mus dan Erra Part1

susun kelapa di tepi puan
mengiring harum berikat benang
sudah terjelma sirihmu tuan
adinda menanti se tepak pinang

cuppies manis pengiringnya buat habuan sanak saudara
cincin tunang belahan rotan
emas padu mengikat hati
mata yg mana tidak tertawan
bekasnya bersemi ukiran jati
 

Coklat Cadbury pilihan mama


nanti kita upload lagi deh....

Wednesday, February 24, 2010

Kelas Baru...CAFE CAKES dan POPCAKE

Salams....
Mulanya saya mahu tumpukan pada mengajar coklat sahaja, tapi bbrp pertanyaan saya terima samada boleh mengajar yang lain.
Untuk permulaan saya perkenalkan 2 module baru Cafe Cakes dan Popcake.
Cafe Cakes meliputi asas membuat kek dan hiasan simple seperti kek jualan yang kita nampak di bakeri, kantin malah pasar malam. Asalnya dari permintaan seorang kawan yang mahu mulakan perniaggan kecil-kecilan, dan seorang lagi kawan yang dah tak larat nak beli kek dari saya... hahahaha. Elok sangat la tu kan, belajar buat kek untuk sajian keluarga; malah boleh berjualan.
Kelas Cafe Cakes akan bermula pada 6hb Mac dan ia telah penuh. InsyaAllah saya akan keluargan jadual kelas bulan April. Jika sesiapa berminat sila email / telefoa ya.
Yuran kelas ini ialah $220.00; hands-on ; untuk 13 jenis cake,cupcake, muffin dan brownie.

Tahun lepas, awal tahun begini homemade chocolate baru berputik kemudian mercup dan berkembang meriah. Sepanjang tahun 2009 pembuatan coklat jadi perbualan hangat; seronok melihat ramai yang dah berjaya di arena ini. Saya sendiri mengajar lebih 50 orang dan hampir semuanya yang berjaya berjualan. Antara ramai-ramai ni, saya kagum dengan Noraini yang membuat coklat 10kg hampir setiap minggu; semuanya untuk jualan dikilang tempat kerja dan tempahan yang pelbagai.  Kak Nab di BP Ir Itam juga tak kurang hebatnya. Dari surirumah biasa,  dia mampu meraih pendapatan lebih dari gaji naknya seorang eksekutif lulusan UiTM...Tapi Noraini dan KakNab begitu low profile, blog pun tak ada, tapi jualan mereka... Da BOMBBB. !!!!Alhamdulillah. Rajin juga dia telefon bertanyakan itu ini, InsyaAllah kita bantu dan berkongsi ilmu sekadar termampu dan sama-sama menuju kejayaan menggapai rezeki yang Allah taburkan untuk hambaNya.

Tahun ini 2010 , POPCAKE is a new phenomenon. Saya dah belajar buat Popcake; juga sudah berjualan semasa CNY  dan buatkan ia sebagai satu penganan HANTARAN perkahwinan dan PERTUNANGAN. Mohon Allah berikan kelapangan waktu saya uploadkan gambar dan ceritanya di blog ini ya. Maafkan kelewatan saya update blog ini, terutama Yashida dan Kak Rohani yang ternanti-nanti....
Maklumlah ibu bekerja amat terhad waktu lapangnya.
Kelas POPCAKE akan bermula pada 20hb Mac; dah ada 2 kawan yang booking; dan ia masih terbuka.
Yuran kelas ini ialah $160.00. Jika berminat untuk tahu tentan g apa yang di ajar, sila hubungi saya, ya...

Tuesday, February 23, 2010

Colorfull nyaaaa..

Finally dapat upload kak Ani dgn coklatnya yang beranika warna. Saya adunkan oil based food coloring untuk coklat praline; manakala lollipop menggunakan coklat colata.


Hantaran Ungu

Kain untuk  sepasang baju Melayu
pelikat
sejadah

Tuesday, February 16, 2010

Merah Jambu Hantaran Tunang

Coklat praline seperti kebiasaannya. Puan Noridah dar SP memesan couverture chocolate milk 35 biji.
Tema warna merah jambu. Cupcake juga merah jambu...tentu makin manis majlis indah itu ya..

Kek Nenas Gula Merah. Selalunya warna perang lebih cantik. Mengenangkan perjalanan jauh orang yang datang meminang tu, saya tabur gula merah pada acuan, sebagai lock pada cecair yang mungkin akan keluar dari nenas.  InsyaAllah gula merah yang dah cameralised mampu buat kek kering di luar tapi kuning keemasan dan lembut di dalamnya. Terimakasih Puan Noridah dengan tempahan coklat, cupcake dan kek nenas. InsyaAllah kita bekerjasama lagi untuk majlis perkahwinan nanti..

 
Kotak hantaran Puan Fairus Taman Pauh Indah..10 biji semuanya ,penuh bonet matrix saya...juga untuk majlis pertunangan.  Gabungan riben lace dan organza berserta bunga satin. Bekas ini untuk mengisi barang hantaran balasan pada pihak lelaki, beserta sirih junjung...

Coming up... all of the engagement gift from bride to her groom vice versa 
pink and maroon hantaran for Ida Nazirah.
green and white for Mohd Zairi


Sunday, February 14, 2010

Bunga-bunga Hantaran Cinta

 
Salam dari Paka, sebakul buah segar untuk kamu..kerna sudi bertandang
hihihi...ngelatsss...
Buah ini sebahagian dari 7 bekas hantaran pertunangan Ilyas Azman. Ibunya menyerahkan pada saya hiasan dan tema.."Ikut suka hang la nak buat camana pun, asalkan cantik.."... "hahaha.. senang kerja aku..." kata hati saya yang bernyanyi irama  bunga dan riben besar dari kertas. Media yang paling suka saya kerjakan..Ya la.. dah lama bermain merlitmerlap hantaran ni.. sesekali guna kertas... alahai.. syiok!!!!        

Kala ini  saya sedang bercuti di sini yakni Paka, Kertih dan Kemaman.. Kuala Trengganu? Oh tidak.. saya lemas dengan traffic jam di bandar itu. Di sini damai menyaksi ombak dari laut biru. Santai berlunjur kaki di balkoni sambil online... memandu perlahan sambil nyanyi lagu t'ganu kite..cari satar Kuala Kemamang. Opps , kena update blog jugak! Memilih gambar-gambar aktiviti Indah Chocolatier sejak sebulan tak diterakan di sini. Maaf kak Shidah, Fizah, Ann dan Niza yang menanti wajah mereka beraksi dalam kelas coklat.Sabar ya.. adik kakak...
Jom tengok apa yang saya sibukkan sejak awal Februari hingga menjelang CNY..

 coklat la tu... apa lagi kann....
adat pihak perempuan pinta gula, garam dan asam keping ...setaman saya adunkan rencahan..
persalinan lace perancis buat pakaian hari nikah
paling utama,dalam peminangan; sirih di dalam puan dan bekas cincin bersatu dalam setalam bunga rampai, berminggu saya siapkan bunga pinang dan bunga kapur bak setangkai cempaka itu.. warisan senitangan.
buah segar semanis cinta..
cengkerang berisi biskut

kek buah berbalut fondan warna krim dengan  lace yang  juga dari fondan yang sama,
Ok..cukup di sini, saya mau pergi main air sebelum matahari terik...jumpa lagi...