Homemade Chocolate. Cakes. Bakes. Kuih Melayu. Sirih Junjung.Hantaran. CenderahatiCall me: Jamilah aka Kakcik Tel/sms : 019 431 6261
Email: alam.jamilah@gmail.com
Bayaran: Jamilah Rejab CIMB :0733 0007533527
Lokasi: Bandar Perda, Penang
Online Order: penghantaran melalui Poslaju dan CityLink ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura.




Tuesday, July 13, 2010

Simple Choc Gift & Budget Cuppies

We made few hundreds goody bag for a good family friend's wedding. Credits to my 2 girls who'd planned to watch Eclipse with friends but end up spending their Saturday making the Rose Coffee pralines with my minimum supervision and did the Dark Mint pralines on their own. Whenever I have six hand get together, making big order is fun!!! but this is only once in a blue moon when both were at home:)))Thanks for yr great help, dear honorable darlings.
Dark Mint  and Rose Coffee pralines with tiny pink ribbon as final touch.

Budget chocolate moist cuppies

Thursday, July 8, 2010

Menawankah Hitam itu?

Mereka bertunang Februari lalu. Awal Julai ini mereka bersatu dalam ikatan yang sah terpetri. Selamat Pengantin baru Mus dan Erra. Terimakasih kerana sekali lagi memberi kepercayaan pada Indah Chocolatier melaksanakan koleksi hantaran pernikahan ini. Hitam dan putih warna pilihan. Hanya hitam dan putih yang "dibenarkan" lalu saya gabungkan sinar perak untuk bangkit dari kepolosan warna legam.

Sirih junjung moden yang ringkas. Kapur, bunga pinang, gambir semuanya terselit bersembunyi pada celah kuntuman bunga. Di sebelahnya wang hantaran RMxxxx.xx dalam album berkulit logam perak.
beg tangan dan sejadah hadiah iringan
Maskahwin yang siap dijadikan bracelet dan cincin perkahwinan. Set barang kemas ini ditempah khas manakala batu permata dibeli sendiri oleh bapa mertua waktu berkunjung ke Myanmar
Telekung dari kain kotton bersulam penuh
Jam tangan jenama Guess dan purse Burberry
Wajik pemanis, saya suaikan bunga gumpaste biru muda dan riben warna perak. Ringkas!

Wednesday, July 7, 2010

Putih Kuntuman Lili

Namanya Lili. Secantik bunga di lembah taman, dia maukan hanya bunga lili putih sebagai tema pertunangan. Kepingin benar dia memetik bunga lili segar untuk hiasan coklat ini. Mana mungkin dik,layunya nanti tentu suram majlis jelita nan seorang ini. Berulang kali saya katakan, dan Lili pun setuju bahawa lili sutera ini pun cukup cantik laksana suci sang pencinta untuk persembahan hormat pada kekanda yang bakal merajai hati dan hidupnya.

 Selamat Bertunang Dr Lili , semuga musim manis ini bakal menyemai kasih hidup berumahtangga, dan kekal hingga ke hujung nyawa