Homemade Chocolate. Cakes. Bakes. Kuih Melayu. Sirih Junjung.Hantaran. Cenderahati

Call me: Jamilah Tel/WA : 019 431 6261
Email: alam.jamilah@gmail.com
Lokasi: Bandar Perda, Penang
Online Order: penghantaran melalui Poslaju dan CityLink ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura.




Friday, April 13, 2012

Makan Coklat dengan Kotaknya Sekali!

Ini bukan gaya baru.. selalu sangat membuatnya. Begitupun kali ini ia istimewa kerana saya buatkan untuk seseorang yang istimewa jua. Persahabatan kami di alam maya. Komen tulisan dan usik gurau manja saling bercanda antara blog kami. Saya mengkagumi adik seorang ini sebagai seorang ahli akedemik. Sewaktu pulang bercuti dari Scotland pada 2009, kami bertemu; kecil molek orangnya...warak. Kini dia pulang menabur ilmu di daerah tanjung ini. Lagi pula sudah di sunting cinta hati.. semuga barakah jodohmu dinda...semuga persahabatan kita kekal dunia akhirat.


Dinda mahukan coklat untuk buahtangan hantaran darinya. Saya adunkan coklat putih Selbourne sebagai kotak berwarna gading. Di dalamnya pelbagai coklat kekacang dan pralin dari coklat gelap dan coklat susu.
Selamat Bertunang Dinda. Semuga bahagia hingga ke syurga...Ameen..

No comments:

Post a Comment