Homemade Chocolate. Cakes. Bakes. Kuih Melayu. Sirih Junjung.Hantaran. CenderahatiCall me: Jamilah aka Kakcik Tel/sms : 019 431 6261
Email: alam.jamilah@gmail.com
Bayaran: Jamilah Rejab CIMB :0733 0007533527
Lokasi: Bandar Perda, Penang
Online Order: penghantaran melalui Poslaju dan CityLink ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura.




Saturday, May 22, 2010

Coklat Untuk Cikgu

Selamat Hari Guru...hari ini Jumaat sekolah anak saya adakan sambutan Hari Guru dan ini yang di bawa Ammer untuk cikgu-cikgu. Kad coklat dari kompaun Selbourne dan Sicao..

Ini pula tempahan dari kawan anak-anak; yang sesuai dengan budget anak sekolah. Makcik jual 2in1 pek ni dgn harga seringgit lima kupang saja.

Pek ini harganya enam ringgit ; ini harga anak sekolah hadiahkan kat cikgu dia
Pek 10 biji praline strawberri dan mocha dengan coklat semisweet ; harga anak sekolah 10 ringgit


Tempahan Cikgu Albi nun di utara....32pcs coklat pelbagai isian. Kotak kecil tu 9 biji coklat, hadiah saya untuk Albi`. Persahabatan kami unik. Bermula dari cyber linking dengan adik Albi, Albazrah, sehinggalah kami bertemu... kemudian baru tahu  abah mereka adalah ustaz di sekolah rendah saya dulu. Seterusnya seluruh keluaga dah jadi kawan.







Tempahan Puan Raja Sarinah di Kemaman, Trengganu
54 batang lollipop, 10 kotak pelbagai coklat 9pcs ; 2 kotak berbentuk hati. Ngam-ngam muat satu kotak polisterin.




Cenderahati dari anak murid cemerlang yg kini berada di UK untuk guru-gurunya di sebuah sekolah dekat sini. Terimakasih Mas kerana sudi tempah coklat dari makcik secara online. Kotak warna perak ini saya isikan dengan lilin aromatheraphy dalam cawan dengan sekotak coklat berisi 10 biji praline. Untuk tatapan Mas, ni gambar-gambarnya..
















Terima kasih yang tidak tehigga pada semua yang menempah coklat hari guru

No comments:

Post a Comment