Homemade Chocolate. Cakes. Bakes. Kuih Melayu. Sirih Junjung.Hantaran. Cenderahati

Call me: Jamilah Tel/WA : 019 431 6261
Email: alam.jamilah@gmail.com
Lokasi: Bandar Perda, Penang
Online Order: penghantaran melalui Poslaju dan CityLink ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura.




Showing posts with label Class. Show all posts
Showing posts with label Class. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

Kelas Coklat Kreatif - cermatnya dia....

Kelas Coklat Kreatif mengajar anda pembuatan coklat secara hand-on mengajar anda menghasilkan coklat cantik dari coklat kompaun. Pelajar terbaru saya seorang aank lepasan Diploma Kulinanri UiTM. Cermat nya dia menghasiklan coklat loli, kotak, celupan, cluster dan lain-lain...





Monday, April 18, 2011

Kelas Coklat Kreatif








 Rosni, Sofi & Liaya - 3 beranak bakal usahawan bakeri..Selamat maju jaya..
Ustazah Rohida , pensyarah yang minat buat coklat kerana anak-anak suka makan!

Thursday, November 18, 2010

14 Nov with Jue & Faza


Datang dengan harapan; pulang bawa kepuasan. Alhamdulillah.
Sehari selepas datang berlajar, Jue sms saya bagitau dia dah dapat order. Selamat Maju Jaya , Jue.








Semua coklat adalah hasil tangan Jue dan Faza yang belum pernah "sentuh" proses pembuatan coklat sebelum hadiri sessi ini.

Tuesday, November 9, 2010

Welcome back, Class!

After a long hiatus...and quietly hiding behind schedule, been busy with a new job, I had put away lots of calls for classes back for the last four month. This week, I'd finally made a comeback!. Alhamdulillah, last weekend classes was crisp and fun!
Having Nadiah on Friday who'd coming all the way from KL. She'd stole few hours from her family weekend vacation in Penang and jumped into chocolate making at my humble house. For the first time we had class at nite! I received sms from her on the next day that the chocolate she'd made made her family favorite! Good luck young mom!
Nadiah choose to learn chocolate bar instead of to make chocolate card.
Sunday was full of laughters as I am hosting 3 productive ladies, Lia, Imah and Wati...lets see what we had...


 all made by them!
 colorfull lolly by Imah
 Oreo Choc made by Wati


assorted pralines from couverture and compound
Chocolate Card.
Almond Cluster
Terima kasih  Nadiah, Wati. Lia and Imah. Tulus ikhlas dari Kakcik semuga kita sama-sama berjaya.

Nota: 
1.Workshop Indah Chocolatier hanya menggunakan couverture dan compound dari coklat jenama Sicao dan Selbourn sahaja.
2.Tak semua coklat yg buat dalam kelas di masukkan di sini.
3.Sila rujuk ke side bar untuk melihat apa yabf diajar workshop ini.

Monday, March 8, 2010

Kelas Popcake, Truffle dan Gianduja

Salam semua..
Saya dapat bbrp panggilan telefon dan sms bertanyakan tentangnya truffle dan gianduja  yang saya paparkan dalam entri lepas. N dari Alor Setar sarankan supaya saya mengajar membuatnya. Ohhh, berminat nak belajar... ok ok. Memang lebih mudah membuat gianduja dan truffle kalau sudah ada pengetahuan dan praktikal pembuatan coklat. Begitupun, ia tidaklah sukar sangat, sesiapa pun boleh buat asalkan mahu berusaha.
Lepas sembang-sembang  dengan N, memang saya setuju kerana idea yang N lontarkan tu memang "mervelous" lah!!! Jadinya......

Workshop POPCAKE dibatalkan!!!

NEW: Popcake, Truffle & Gianduja Workshop ( RM220)

**discount $15 for returning students/sesapa yg pernah belajar coklat di rumah atau di PG Cakecraft cuma RM205
Tempat : B-13-09, Kondo Mutiara Bandar Perda
Kelas 20hb Mac masih dibuka pada yang berminat.

Terima kasih ... dan salam ceria..

Tuesday, February 23, 2010

Colorfull nyaaaa..

Finally dapat upload kak Ani dgn coklatnya yang beranika warna. Saya adunkan oil based food coloring untuk coklat praline; manakala lollipop menggunakan coklat colata.


Wednesday, November 11, 2009

Kelas bulan Oktober

Hasil tangan Aini Najihah.. she said she had fun!

Anda akan belajar dan bawa balik lebih 3/4 kg ++ assorted chocolate with strawberry, mocha, nutty pralines and nuts filling, teddy and flower gianduja, a card, dark choc mint, date truffle, almond rocher. Hasil tangan Diana ; Juliana pun bawa balik hasil yang sama



Anda akan..
Memahami dan mengenal coklat original, coklat tiruan dan coklat masakan
Melakukan sendiri 2 adunan Penstabilan Coklat couverture ( tempering)
Mencair dan menstabilkan coklat compound
Membuat sendiri Tujuh Teknik kreatif penghasilan coklat
Lapan resepi coklat
dan banyak lagi... Juliana dan Diana buat gianduja. Hasilnya bear yang comel dan lilipop dari couverture
Gillian ,Debbie & Datin Norin dah biasa buat coklat; bertanya kalau dapat saya ajarkan teknik dan resepi yang lebih advance. Saya ajarkan granola bar, almond praline dan mocha truffle. Yuran tambahan RM75 untuk 3 produk ini. Ohh sungguh mencabar. Masing-masing ketawa sambil menjilat jari yang penuh kekacang waktu mengulit granola bar...bersememeh coklat sampai ke lengan menggentel inti truffle....


Sunday, October 25, 2009

Coklat - menjawab bbrp soalan...

Salam. Lama juga saya tak update blog. Bukannya tak ada aktiviti tapi sebetulnya waktu saya agak padat. Hanya ada sedikit kelapangan pada hujung minggu selepas menyiapkan tempahan...Saya akan cuba jawab bbrp soalan yang kerap saya terima melalui email, phone call dan juga sms. Pada yang bertanya, maaf saya pohon kerana tak dapat jawab impromtu sebab ada waktunya soalan itu datangnya waktu saya bekerja atau bermesyuarat. Sebenarnya saya bukannya arif sangat pasal bab coklat ini. Ilmu coklat ini hanya dari kelas-kelas coklat yang boleh di bilang dengan jari juga dari pembacaan yang terhad. Apa yang saya tulis di sini hanya menjawab soalan yang kerap diutarakan pada saya.
Jenis coklat:
Ramai yang bertanya coklat apa yang digunakan untuk penghasilan coklat homemade. Secara peribadi saya menggemari couverture. Peratus kandungan coklat sebanyak 57% coklat mengekalkan rasa chocolaty yang halus pad lidah dan ianya mengasyikkan. Puas makan.... Sebab itu saya banyak gunakan couverture dalam kelas dan juga untuk tempahan.
Coklat Belgian saya gunakan atas permintaan penempah sahaja. Harganya lebih tinggi,berpadanan dengan rasanya. Mulai minggu ini saya ada menyimpan stok Belgian coklat untuk seseorang yang amat sukakan coklat ini..
Kalau menggunakan couverture,saya gunakan compound Si(@0 dan SB. Sesekali saya gunakan coklat LKM; itupun ketika berjalan ke KL-Bangi dapatlah beli stoknya. Untuk coklat couverture, coklat berwarna yang saya guna untuk hiasan ialah coklat couverture putih yang diwarnakan dengan pewarna khas coklat.
Begitu juga dengan coklat compund. Saya gunakan jenama di atas. Dalam penghasilan coklat compound, saya tidak menggunakan coklat dari dari Indonesia walaupun warnanya menarik kerana bbrp perkara
1. Rasa
2. Kualiti
3. kandungan gula yang tinggi
Coklat berwarna jenama Indonesia ini saya gunakan sedikit untuk hiasan pada permukaan coklat sahaja, selainnya coklat compound jenama S& SB juga yang saya gunakan untuk menghasilkan coklat dar jenis compound.

Untuk kelas coklat, saya gunakan 2/3 coklat couverure dan 1/3 coklat compound. Say menitikberatkan teknik tempering yang betul sebelum beralih pada penghasilan coklat compound yang lebih mudah.Inti/praline:
Ya, saya buat sendiri berdasarkan resepi yang saya pelajari dari sifu coklat spt Chef Amir dan juga Sis Harida; pengusaha coklat terkenal tu...

Halal atau tidak?
Jawaban saya, saya mencari yang halal :)

Harga:
Harga untuk loose order adalah standard; tidak temasuk kos penghantaran
Harga untuk Coklat Hantaran, Doorgift dan hadiah berbeza antara satu dengan yang lain bergantung pada jenis/ bahan hiasan dan kotak yang di gunakan.

Kelas:
Selain di rumah dan di Komtar, saya juga adakan kelas ditempat lain. Baru tadi saya adakan kelas di Peel Avenue untuk 3 orang.
Yes, class can be conducted in English.

Monday, April 27, 2009

Kelas Coklat @ Komtar 25th April

5 minit sebelum kelas bermula, muncul pakar homemade roti dan pizza Roshayati. Sama-sama terkejut sebab dia tak tahu yang saya yang mengajar.Saya pula tak tahu yang dia akan datang, walaupun 2-3 hari sebelum tu, kami ber-ym! Yati datang dari Manjung untuk belajar coklat di Penang. Saya ada dua pakar hari ini , Roshayati pakar roti dan pakar kek lapis dan hiasan kek Inasaly memang juga datang belajar walaupun baru semimggu pulang dari Jakarta mempelajari ilmu pembuatan coklat kompaun dari sana. Roshayati, Inasaly ,Zan dan Kak Zainab serasi menghabiskan lebih 7 jam ,riuh usik mengusik walau baru pertama kali bertemu.

Tempering dan seeding ; adoi kakcik, lenguh bahu....
Roshayati berhati-hati betul buat coklat lollipop.

Inasaly memeriksa kot-kot ada air buble..
Amati hasil sulung...cikgu tengah buat post-mortem memeriksa coklat. Kalau teknik tempering dan seeding tak betul atau banyak air buble...cacat nya boleh di kesan.

The close-up. Coklat licin berkilat, tak ada lubang; mereka memang cermat dan dengar cakap cikgu - buat ikut teknik yang betul!