Homemade Chocolate. Cakes. Bakes. Kuih Melayu. Sirih Junjung.Hantaran. Cenderahati

Call me: Jamilah Tel/WA : 019 431 6261
Email: alam.jamilah@gmail.com
Lokasi: Bandar Perda, Penang
Online Order: penghantaran melalui Poslaju dan CityLink ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura.




Showing posts with label Loose Order. Show all posts
Showing posts with label Loose Order. Show all posts

Saturday, December 5, 2009

November:Order RayaHaji; Hantaran & Wedding Doorgift

Sedikit tempahan coklat untuk Hari Raya; 3 orang menempah 1/2 kg; 40-42 biji / $40.00. Yang ni hand delivery kat officemate saja.
Tempahan biskut untuk raya haji tak lah banyak tapi seronok membuatnya. Seronok buat tart teratai; repeat order isteri imam yang menempah 10 bekas untuk diberi pada anak menantu, katanya.
Harga: RM 23.00 / 50pcs / sebekas

Ini rupanya Hazelnut Blossom. Resepi sendiri. Coklat dan biskut didalamnya berperisa hazelnut. Ramai yang menempah masa raya puasa dulu menempah lagi; tapi saya cuma dapat buat 300 biji saja sebab stock haszelnut paste saya kehabisan. Kalau ada yang nak menempah, kena tunggu minggu ketiga Disember bila saya dapat stock hazelnut paste nanti. InsyaAllah.. Cari di Penang tak jumpa...

Harga: RM24.00 / 50 pcs / sebekas.

Harga: RM28.00/ 50pcs / sebekas jika nak letak kacang hazelnut kat dalamnya.


Ini separuh dari tempahan Raya Haji; tart gulung, makmor, samperit, chocolate treasure dan shortbread cookies. Bekas kuih pun tak standard lagi - masuk saja dalam bekas mana yang sesuai dalam stok bekas lebih masa raya puasa hari tu...


-------------------------------------------------------
Orange Chrunchy compound untuk wedding doorgift.

Gambar untuk tempahan ini belum dimekap. Masuk kotak sambil melekat riben dan bunga, bila siap saya terus hantar pada KakPah untuk majlis perkahwinan anak saudaranya di Seberang Jaya. 300 bekas orange chrunchy compound chocolate; berbentuk hati, bunga dan encik bear yang popular tuuu.... Sebiji dalam sebekas ; gambar siap riben dan bunga kecil....taksempat ambil.. lupa sebenarnya sbb mengejar masa nak siapkan tempahan yang satu lagi....


KakPah juga menempah 10 bekas berisi 9 biji coklat pelbagai untuk diberikan pada kawan-kawan lama yang dah sama-sama pencen dari Penang Port Berhad.

Untuk coklat dalam kotak hadiah saya tak letakkan minimum order quantity. Nak satu kotak pun saya terima.

Untuk loose choklat saya saya kenakan MOQ 20biji/bekas/order



===================================

3 in1 pack : Ordered by Nurul of Bandar Damansara:

Walaupun Nurul dan ibunya minta 1500 biji coklat untuk diisi dalam 500 kotak. Saya buatkan 3 jenis coklat; jadi tetamu akan dapat merasa 3 jenis coklat dari mereka. 500 strawberry praline; 500 chocolate-orange with a whole almond filled chocolate dan 500 chocolate dates. Nurul akan pack sendiri dalam kotak istimewa yang dia dah sediakan menepati tema majlis perkahwinannya.


Mudah pack dalam 2 kotak besar polistrin - tapi tak ambil gambar sbb sibuk Nurul nak datang ambik pada Raya ketiga Aidil Adha .
===============================================


Hantaran ini diposlajukan ke Rawang; kemudian Zawirah terbangkan pulak ke Bintulu. Sampai Bintulu baru di buka package; Alhamdulillah tak terjejas coklat dan bekas berhias ini..

Blur sikit gambar ni - lapisan atas strwberry praline roses; lapisan bawah assorted chocolate dan truffles. Truffles di hias kekacang, untuk kekalkan keranggupan kacang ia di bungkus dengan pembungkus coklat.

Hantaran kan fragile?..pack dengan buble dan air-filled plastic , InsyaAllah dan Alhamdulillah package tak rosak menyeberang Laut China Selatan.


Sunday, August 23, 2009

Coklat untuk Azzah8

Azzah8 ialah blogger tegar, tapi kini cuti blogging kerana menyiapkan thesis. Padaku dia wanita sempurna, ibu kepada 8 orang anak-anak yang berhemah, isteri yang kuat menerajui keluarga sewaktu suami bertugas di luar negara, pensyarah IPT, penuntut phD lagi. Dan ya, pakar IT ini punya jemari seni, menjahit cross-stitch, menanam bunga, mengait, malah menjual button dan perkakas jahitan....Blog Azzah cukup berinformasi. Sila lah layari...
Kami bertemu setelah puas berdrama; sila baca di sini, sana dan sinun. Tersendu juga kamiwaktu bertemu Azzah...tengok tu Aeez anak KakLady pun tercengang tengok makcik2.
Beberapa bulan dah berlalu, baru minggu ini aku sempurnakan pesanan Azzah; sekilo praline pelbagai isian rasa dan kekacang, semuanya dari couverture..
Kutitipkan juga lolipop untuk anak bungsu nya, Hanna' ; serta 3 biji nutty chrunchy pralinesTempahan Azzah dikirim dengan courrier SureReach yang membuat penghantaran pada pukul 6 petang dan akan sampai pada esoknya, InsyaAlah.Penghantaran pada sebelah malam ini menjamin kesegaran coklat kerana ia tak terdedah pada cuaca yang terlalu panas.InsyaAllah coklat trjamin baik dan tidak cair. Setakat ini saya telah membuat penghantaran jauh, antaranya ke Brunei,Singapura, Terengganu dan KL melalui courrier. Setakat ini belum ada lagi kerosakan pada coklat yang dihantar dengan pos.
Jika berminat untuk menempah untuk makan-makan.. sila telefon / sms saya..019 431 6261.

Thursday, August 6, 2009

Loose Order

Loose order ni semuanya tempahan pada penghujung Julai.


1/2 kg coklat pelbagai perisa; tempahan CikguMaizura dan cikgu Norkiah dr sekolah anak saya di Seberang Jaya. Cikgu-cikgu ini nak rasa semua jenis coklat, saya satukan 40-42 biji coklat isian badam, hazelnut, kismis, praline strawberi, praline mocha, minty palletes ( yang bentuk love) truffle hazelnut dan almond dates delight.
Harga untuk 1/2 kg. coklat pelbagai rasa ini cuma $40.00 sahaja.




Lagi tempahan loose order 1kg untuk makan-makan dari Ir. Radha Krishnan. Dah kali kedua kawan sekerja saya ni menempah, kali ini dia minta lebihkan semi sweet dan dark coklat. Setiap kali order satu kilo; tapi kali ini packingnya nak bahagi dua, setengah kilo setiap satu pack. Kenapa, satu untuk girlfriend ke? hahaha..

Wei.. mana ada, marah saya punya mrs kalo dia dengar.. saya mao bawak balik Johor kasi parents....



Loose order dari anak murid kelas coklat saya Ida, untuk jualan di Expo IAT di Tesco Seberang Jaya ; 30Julai hingga 2 Ogos. Gerai Ida mempromosi produk sambal ikan bakar dan kuih raya dari kilang mereka. Kita letakkan coklat pada satu sudut. Ida dapat last minute confirmation untuk gerai kat expo itu, cuma 2 hari notisnya dari penganjur. Ada hikmahnya juga saya MC sbb kaki terseliuh hari Jumaat tu , dapat saya saya menekun siapkan almond dates delight, pralines dan coklat lollipop untuk support gerai Ida.







Coklat lollipop di gerai ekspo. Alhamdulillah, ini la product paling laju. Kami akan berusahasama lagi untuk Expo MICCOS di Serdang, minggu depan, InsyaAllah