Dari 7 dulang ke sembilan dulang pada saat-sat akhir. Alhamdulillah
Pinta bonda Farah Jasmin, "nak yang murah, nak yang cantik, nak 2 minggu depan!".
Saya ambil pendekatan mudah "..biarlah sederhana".
Nah.. hasilan gabungan hijau epal dan merah jambu
Jambangan sirih junjung denagn 9 kuntum ros merah muda
Kek Alunan Kasih fondant putih dan ros hijau
Apam polka dot imej siburung marah
Songket samping saya bentukkan seperti pohon rendang - simbolik sang suami umpama pohon tempat berteduh
Wajik manisan tradisi - buatan tok farah -yang kemuadian saya hiasi dengan gajus panggang
Sehelai baju
Sepasang baju melayu putih untuk majlis akad nikah
Sebakul buah-buahan
Biskut Ferero Rocher ( resepi Kak HanieLiza)
Panik ke ntah apa. tak sempat ambik gambar. Cuma satu ni saja , itupun dengan BB.
Homemade Chocolate. Cakes. Bakes. Kuih Melayu. Sirih Junjung.Hantaran. Cenderahati
Call me: Jamilah Tel/WA : 019 431 6261
Email: alam.jamilah@gmail.com
Lokasi: Bandar Perda, Penang
Online Order: penghantaran melalui Poslaju dan CityLink ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura.
Showing posts with label Hantaran. Show all posts
Showing posts with label Hantaran. Show all posts
Thursday, April 12, 2012
Tuesday, November 22, 2011
Hantaran Biru 20112011
Tarikh perkahwinan mereka unik! Perkahwinan Ahmad Azrin dan Suhaila menyuntik biru romantis utk warna tema hantaran dari pria pahlawan raja nan sehari. Semuga ikatan ini kekal bahagia mengharung bahagia dan dugaan alam rumahtangga. Selamat Pengantin Baru.
| Sepasang sutera dari kanda untuk adinda |
| Set dandanan diri |
| Sepasang telekung sarat bersulam ungu dan senaskah alQuran |
| Beg tangan cik adik |
| Jam tangan |
Thursday, July 8, 2010
Menawankah Hitam itu?
Mereka bertunang Februari lalu. Awal Julai ini mereka bersatu dalam ikatan yang sah terpetri. Selamat Pengantin baru Mus dan Erra. Terimakasih kerana sekali lagi memberi kepercayaan pada Indah Chocolatier melaksanakan koleksi hantaran pernikahan ini. Hitam dan putih warna pilihan. Hanya hitam dan putih yang "dibenarkan" lalu saya gabungkan sinar perak untuk bangkit dari kepolosan warna legam.
Sirih junjung moden yang ringkas. Kapur, bunga pinang, gambir semuanya terselit bersembunyi pada celah kuntuman bunga. Di sebelahnya wang hantaran RMxxxx.xx dalam album berkulit logam perak.
beg tangan dan sejadah hadiah iringan
Maskahwin yang siap dijadikan bracelet dan cincin perkahwinan. Set barang kemas ini ditempah khas manakala batu permata dibeli sendiri oleh bapa mertua waktu berkunjung ke Myanmar
Telekung dari kain kotton bersulam penuh
Jam tangan jenama Guess dan purse Burberry
Wajik pemanis, saya suaikan bunga gumpaste biru muda dan riben warna perak. Ringkas!
Wednesday, July 7, 2010
Putih Kuntuman Lili
Namanya Lili. Secantik bunga di lembah taman, dia maukan hanya bunga lili putih sebagai tema pertunangan. Kepingin benar dia memetik bunga lili segar untuk hiasan coklat ini. Mana mungkin dik,layunya nanti tentu suram majlis jelita nan seorang ini. Berulang kali saya katakan, dan Lili pun setuju bahawa lili sutera ini pun cukup cantik laksana suci sang pencinta untuk persembahan hormat pada kekanda yang bakal merajai hati dan hidupnya.
Selamat Bertunang Dr Lili , semuga musim manis ini bakal menyemai kasih hidup berumahtangga, dan kekal hingga ke hujung nyawa
Selamat Bertunang Dr Lili , semuga musim manis ini bakal menyemai kasih hidup berumahtangga, dan kekal hingga ke hujung nyawa
Saturday, June 19, 2010
Merah Putih Hantaran Tunang
Lama saya berangan mahu hasilkan mawar merah putih sebagai warna tema. Terimakasih Reen Hidayah kerna merealisasikan anganan saya...
Selamat Bertunang Reen Hidayah dan Firdaus, dan selamat mengharungi musim-musim manis alam pertunangan. Semuga berbahagia terus ke jinjang pelamin dan kekal aman bahagia hingga ke hujung nyawa... Amin
Hantaran Coklat Tema Emas
Ringkas dalam kotak emas dan krim. Kemasan riben dan bunga kecil warna krim berlatar renda emas. Terima kasih Albi dan Hamdi...
Sunday, June 13, 2010
Hijau Lumut pilihannya
Hijau lumut dan krim pilihan Puan Roza untuk hantaran pertunangan. Terimakasih Prof Dr Mohd Kamil Ibrahim dan Puan Roza, kerana mengulang tempah.
Thursday, May 20, 2010
Putih dan Maroon
HANTARAN SHAZREENA KHAN.
Sejambak gula putih;saya adunkan dengan bunga riben satin ,pita organza dan untaian manik. Saya cuma siapkan gubahan gula sahaja, alas dulang dah di sediakan ibu pengantin.
Biskut Denmark dengan pembalut warna maroon untuk kekalkan keranggupan kacang salutannya. Cuma susun bertindan dalam bakul rotan yang saya sudahkan dengan organza perak dan satin putih berhias bunga riben dan rangkaian manik.
Selamat Pengantin Baru Shazreena Khan. Terima kasih kerana beri kepercayaan pada Indah Chocolatier untuk membuat 2 dari 13 dulang hantaran untuk balasan pada pihak lelaki.
Nota: 21/5/2010
1. Saiful dari Kulim bertanya tentang bakul Biskut Denmark - ya, saya buat sendiri biskut dan membalut bakul termasuk bunga-bunga hiasan. Untuk satu unit hantaran ini 25 biji biskut dan bakul hiasan $85.00.
2. Harga hantaran berbeza mengikut kualiti bahan dan cara gubahan.
Terima kasih dan salam ceria.
Tuesday, May 4, 2010
Putih Merah Jambu
Bagai dipinta, 7 dulang untuk hantaran pertunangan Suraya bertema putih dan merah jambu. Tahniah Suraya, semuga kekal bahagia ke jinjang pelamin dan alam rumahtangga nan aman damai hingga ke hujung nyawa.


Sirih julang menjunjung harum ros merah dan santalia putih. Bunga pinang dan putik kapur tidak dilupa dalam warisan adat kita, beserta hirisan gambir yang saya selitkan antara dedaun.
Coklat pemanis hantaran. Ringkas ikatan pita putih menyertai tema bunga ros putih disulam buah beri meriah warna merah tua dan merah samar mengadun warna harmoni.
35pcs coklat "compound & couverture" pelbagai isian praline dan kekacang.
Kek fondant hijau. Ada cerita disebalik kek manis ini. Kolaborasi idea saya dan Kak Norli ,jiran saya yg handal dalam membuat kek. Sila lawati blog Kak Norli http://norlilovescake.blogspot.com/ untuk melihat hasil kerja, juga untuk tempahan terus padanya. Hasil kerja kakNorli memang kreatif. Cantik. Kisahnya, oven saya entah merajuk entah saya yang panik, dua biji kek tak menjadi, terus saya telefon talian hayat minta KakNorli buatkan kek dan balut fondant. Tengok-tengok KakNorli dah siap piping royal icing, saya cuma tambah bunga saja. Terima kasih tidak terhingga KakNorli.
Kain pelikat tenun sebagai satu hantaran saya lipat jadi kemasan kipas. Ringkas terletak dalam kotak kayu putih berdinding kerawang.
Sebakul buah, hantaran yang jarang ketinggalan dalam mana-mana cerita pertunangan ataupun perkahwinan.
Panas terik di siang hari. Seminggu saja agar-agar gulung kering dan mudah pula membentuknya jadi jambangan dalam kotak plastik lutsinar. Seronok pula bermain kertas crepe sebagai pembalut. Teringat zaman kanak-kanak dulu mengacau mak dan makcik buat bunga kertas dan hantaran dengan kertas crepe. Pusingan waktu era 2010 ini kembali memutarkan kembali peranan kertas crepe sebagai media seni kraftangan.
Kain satin untuk sepasang baju Melayu yang bakal dipakai untuk upacara akad nikah nanti. Ringkas saja saya ikatan bunga 5 kelopak dalam kotak kayu putih berkerawang.
Alhamdulillah selesai kisah bertunang.
Subscribe to:
Posts (Atom)

