Namanya Lili. Secantik bunga di lembah taman, dia maukan hanya bunga lili putih sebagai tema pertunangan. Kepingin benar dia memetik bunga lili segar untuk hiasan coklat ini. Mana mungkin dik,layunya nanti tentu suram majlis jelita nan seorang ini. Berulang kali saya katakan, dan Lili pun setuju bahawa lili sutera ini pun cukup cantik laksana suci sang pencinta untuk persembahan hormat pada kekanda yang bakal merajai hati dan hidupnya.
Selamat Bertunang Dr Lili , semuga musim manis ini bakal menyemai kasih hidup berumahtangga, dan kekal hingga ke hujung nyawa
No comments:
Post a Comment