Before leaving to Europe for her six weeks' tour, she gave me specs for her order. Gold, drapes and roses. I do hope this outcome meets her expectation. Enjoy yr vacation KakIkin...
Homemade Chocolate. Cakes. Bakes. Kuih Melayu. Sirih Junjung.Hantaran. Cenderahati
Call me: Jamilah Tel/WA : 019 431 6261
Email: alam.jamilah@gmail.com
Lokasi: Bandar Perda, Penang
Online Order: penghantaran melalui Poslaju dan CityLink ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura.
Monday, May 31, 2010
Sunday, May 30, 2010
Kek Coklat utk Minum Petang!
Ita dan Mirza, kawan lama saya telefon minta buatkan kek ini; hanya untuk makan-makan. Mirza suka Germany Chocolate Cake. Tekstur kek ini agak padat dan kaya dengan coklat gelap. Saya lapiskan ganache strawberi; kemudian salutkan dengan coklat susu kompaun di bahagain luar dihiasi strawberi segar dan sugar dusting warna pink.
John Wong minta kek coklat kecil untuk raikan harijadi Lay Yin. Just for two! Ruang kosong tu untuk di pasang lilin..ehemmm.. candle light dinner la tu...Thank-you John. Chocolate Fudge Cake; saya cuma paipkan c01@t@ pink dan kuning sebagai hiasan.
John Wong minta kek coklat kecil untuk raikan harijadi Lay Yin. Just for two! Ruang kosong tu untuk di pasang lilin..ehemmm.. candle light dinner la tu...Thank-you John. Chocolate Fudge Cake; saya cuma paipkan c01@t@ pink dan kuning sebagai hiasan.
Tempahan dari Aiza (atas) dan Mina (bawah) untuk makan-makan hujung minggu ini.
Terima kasih kerana berulangkali menempah kek colat dengan Indah Chocolatier.
Saturday, May 22, 2010
Coklat Untuk Cikgu
Selamat Hari Guru...hari ini Jumaat sekolah anak saya adakan sambutan Hari Guru dan ini yang di bawa Ammer untuk cikgu-cikgu. Kad coklat dari kompaun Selbourne dan Sicao..
Ini pula tempahan dari kawan anak-anak; yang sesuai dengan budget anak sekolah. Makcik jual 2in1 pek ni dgn harga seringgit lima kupang saja.
Pek 10 biji praline strawberri dan mocha dengan coklat semisweet ; harga anak sekolah 10 ringgit
Tempahan Cikgu Albi nun di utara....32pcs coklat pelbagai isian. Kotak kecil tu 9 biji coklat, hadiah saya untuk Albi`. Persahabatan kami unik. Bermula dari cyber linking dengan adik Albi, Albazrah, sehinggalah kami bertemu... kemudian baru tahu abah mereka adalah ustaz di sekolah rendah saya dulu. Seterusnya seluruh keluaga dah jadi kawan.
Tempahan Puan Raja Sarinah di Kemaman, Trengganu
54 batang lollipop, 10 kotak pelbagai coklat 9pcs ; 2 kotak berbentuk hati. Ngam-ngam muat satu kotak polisterin.
Cenderahati dari anak murid cemerlang yg kini berada di UK untuk guru-gurunya di sebuah sekolah dekat sini. Terimakasih Mas kerana sudi tempah coklat dari makcik secara online. Kotak warna perak ini saya isikan dengan lilin aromatheraphy dalam cawan dengan sekotak coklat berisi 10 biji praline. Untuk tatapan Mas, ni gambar-gambarnya..
Terima kasih yang tidak tehigga pada semua yang menempah coklat hari guru
Terima kasih yang tidak tehigga pada semua yang menempah coklat hari guru
Thursday, May 20, 2010
Putih dan Maroon
HANTARAN SHAZREENA KHAN.
Sejambak gula putih;saya adunkan dengan bunga riben satin ,pita organza dan untaian manik. Saya cuma siapkan gubahan gula sahaja, alas dulang dah di sediakan ibu pengantin.
Biskut Denmark dengan pembalut warna maroon untuk kekalkan keranggupan kacang salutannya. Cuma susun bertindan dalam bakul rotan yang saya sudahkan dengan organza perak dan satin putih berhias bunga riben dan rangkaian manik.
Selamat Pengantin Baru Shazreena Khan. Terima kasih kerana beri kepercayaan pada Indah Chocolatier untuk membuat 2 dari 13 dulang hantaran untuk balasan pada pihak lelaki.
Nota: 21/5/2010
1. Saiful dari Kulim bertanya tentang bakul Biskut Denmark - ya, saya buat sendiri biskut dan membalut bakul termasuk bunga-bunga hiasan. Untuk satu unit hantaran ini 25 biji biskut dan bakul hiasan $85.00.
2. Harga hantaran berbeza mengikut kualiti bahan dan cara gubahan.
Terima kasih dan salam ceria.
Tuesday, May 18, 2010
Sayang Ibu.....
-------entri tertunggak-------
Sepagi-pagian pada Hari Ibu saya jadi despatcher. Seronok saya melihat wajah ibu-ibu yang ceria mendapat hadiah tanda kasih dari anak-anak mereka. Jom tengok...
Popcake; dari Juliana dan Jiha untuk Mak dan MIL.
Erra bakal jadi menantu bulan Julai ini;hadiahkan coklat utk bakal mak mertua...ermm.. pandai ambil hati
Kek coklat dengan ucapan selamat ulangtahun diminta oleh dua beradik Rashidi dan Farhah ;minta di hantar ke rumah ibu mereka pada pagi 9 Mei- lupa nak tanya ulang tahun untuk apa..
Dari Yanti dan Firdaus, KL untuk Mak di MRSM PDRM, Kulim dan Mak di Alor Setar. Saya buat sama pek untuk 2 ibu bertuah ini..
Harijadi Linggeis Dharan serentak Hari Ibu. Dia mahu kek coklat yang ada imej Dragon Ball.
Dari Ika simanis 16 untuk Mama. 13pcs couverture susu dengan isian badam. "Coklat ni fevret Mama", katanya....Thanks Ika.
Popcake dari Dr Robiah di Sabah untuk ummi di Taman Sutera
Kek coklat untuk Sham, yang mengisi hidup membela anak-anak saudara yang kematian ibu -ayah. Sempena Hari Ibu, dia di bingkiskan kek ini tanda kasih dari anak-anak saudara. Semuga bahagia sentiasa
Terima kasih pada semua kawan-kawan yang menempah. Salam ceria.
Saturday, May 8, 2010
pinkKebaya
Tuesday, May 4, 2010
Putih Merah Jambu
Bagai dipinta, 7 dulang untuk hantaran pertunangan Suraya bertema putih dan merah jambu. Tahniah Suraya, semuga kekal bahagia ke jinjang pelamin dan alam rumahtangga nan aman damai hingga ke hujung nyawa.
Sirih julang menjunjung harum ros merah dan santalia putih. Bunga pinang dan putik kapur tidak dilupa dalam warisan adat kita, beserta hirisan gambir yang saya selitkan antara dedaun.
Coklat pemanis hantaran. Ringkas ikatan pita putih menyertai tema bunga ros putih disulam buah beri meriah warna merah tua dan merah samar mengadun warna harmoni.
35pcs coklat "compound & couverture" pelbagai isian praline dan kekacang.
Kek fondant hijau. Ada cerita disebalik kek manis ini. Kolaborasi idea saya dan Kak Norli ,jiran saya yg handal dalam membuat kek. Sila lawati blog Kak Norli http://norlilovescake.blogspot.com/ untuk melihat hasil kerja, juga untuk tempahan terus padanya. Hasil kerja kakNorli memang kreatif. Cantik. Kisahnya, oven saya entah merajuk entah saya yang panik, dua biji kek tak menjadi, terus saya telefon talian hayat minta KakNorli buatkan kek dan balut fondant. Tengok-tengok KakNorli dah siap piping royal icing, saya cuma tambah bunga saja. Terima kasih tidak terhingga KakNorli.
Kain pelikat tenun sebagai satu hantaran saya lipat jadi kemasan kipas. Ringkas terletak dalam kotak kayu putih berdinding kerawang.
Sebakul buah, hantaran yang jarang ketinggalan dalam mana-mana cerita pertunangan ataupun perkahwinan.
Panas terik di siang hari. Seminggu saja agar-agar gulung kering dan mudah pula membentuknya jadi jambangan dalam kotak plastik lutsinar. Seronok pula bermain kertas crepe sebagai pembalut. Teringat zaman kanak-kanak dulu mengacau mak dan makcik buat bunga kertas dan hantaran dengan kertas crepe. Pusingan waktu era 2010 ini kembali memutarkan kembali peranan kertas crepe sebagai media seni kraftangan.
Kain satin untuk sepasang baju Melayu yang bakal dipakai untuk upacara akad nikah nanti. Ringkas saja saya ikatan bunga 5 kelopak dalam kotak kayu putih berkerawang.
Alhamdulillah selesai kisah bertunang.
Sunday, May 2, 2010
Thanks-you Azlina
Untuk hantaran pertunangan puteri sulung.
2 kg assorted Cv and Cp - macam-macam ada. Last minute request. Lepas tengok hantaran, Lina minta buatkan coklat 4 in 1 untuk cenderamata tetamu rombongan peminangan.
Mohon banyak-banyak maaf sbb tak boleh buat packing, sebab order last minute. Syukur Alhamdulillah, stok kotak ada dlm simpanan, dapatlah bagi kotak sekali dan Alhamdulillah jiran-jiran Lina tolong pack.
Subscribe to:
Posts (Atom)