Homemade Chocolate. Cakes. Bakes. Kuih Melayu. Sirih Junjung.Hantaran. Cenderahati

Call me: Jamilah Tel/WA : 019 431 6261
Email: alam.jamilah@gmail.com
Lokasi: Bandar Perda, Penang
Online Order: penghantaran melalui Poslaju dan CityLink ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura.




Tuesday, May 4, 2010

Putih Merah Jambu

Bagai dipinta, 7 dulang untuk hantaran pertunangan Suraya bertema putih dan merah jambu. Tahniah Suraya, semuga kekal bahagia ke jinjang pelamin dan alam rumahtangga nan aman damai hingga ke hujung nyawa.


Sirih julang menjunjung harum ros merah dan santalia putih. Bunga pinang dan putik kapur tidak dilupa dalam warisan adat kita, beserta hirisan gambir yang saya selitkan antara dedaun.



Coklat pemanis hantaran. Ringkas ikatan pita putih menyertai tema bunga ros putih disulam buah beri meriah warna merah tua dan merah samar mengadun warna harmoni.

35pcs coklat "compound & couverture" pelbagai isian praline dan kekacang.
Kek fondant hijau. Ada cerita disebalik kek manis ini. Kolaborasi idea saya dan Kak Norli ,jiran saya yg handal dalam membuat kek. Sila lawati blog Kak Norli http://norlilovescake.blogspot.com/ untuk melihat hasil kerja, juga untuk tempahan terus padanya. Hasil kerja kakNorli memang kreatif. Cantik.  Kisahnya, oven saya entah merajuk entah saya yang panik, dua biji kek tak menjadi, terus saya telefon talian hayat minta KakNorli buatkan kek dan balut fondant. Tengok-tengok KakNorli dah siap piping royal icing, saya cuma tambah bunga saja. Terima kasih tidak terhingga KakNorli.

Kain pelikat tenun sebagai satu hantaran saya lipat jadi kemasan kipas. Ringkas terletak dalam kotak kayu putih berdinding kerawang.

Sebakul buah, hantaran yang jarang ketinggalan dalam mana-mana cerita pertunangan ataupun perkahwinan.

Panas terik di siang hari. Seminggu saja agar-agar gulung kering dan mudah pula membentuknya jadi jambangan dalam kotak plastik lutsinar. Seronok pula bermain kertas crepe sebagai pembalut. Teringat zaman kanak-kanak dulu mengacau mak dan makcik buat bunga kertas dan hantaran dengan kertas crepe. Pusingan waktu era 2010 ini kembali memutarkan kembali peranan kertas crepe sebagai media seni kraftangan.

Kain satin untuk sepasang baju Melayu yang bakal dipakai untuk upacara akad nikah nanti. Ringkas saja saya ikatan bunga 5 kelopak dalam kotak kayu putih berkerawang.




Alhamdulillah selesai kisah bertunang.

Sunday, May 2, 2010

Thanks-you Azlina


35 pcs couverture with almond. Photo by hp camera!!!
Untuk hantaran pertunangan puteri sulung.


2 kg assorted Cv and Cp - macam-macam ada. Last minute request. Lepas tengok hantaran, Lina minta buatkan coklat 4 in 1 untuk cenderamata tetamu rombongan peminangan.
Mohon banyak-banyak maaf sbb tak boleh buat packing, sebab order last minute. Syukur Alhamdulillah, stok kotak ada dlm simpanan, dapatlah bagi kotak sekali dan Alhamdulillah  jiran-jiran Lina tolong pack.


100pcs lollipop untuk jiran


Tuesday, April 27, 2010

Lollipop

Few orders for lollipop this week. Priced between $1.20 to $1.80

Saya gunakan selapis coklat Colata untuk bahagian berwarna,manakala lebih 3/4 bahagain coklatnya dari coklat gelap atau coklat susu kompaun.


Anda boleh memilih rasa penuh coklat dalam lolipop, ataupun lolipop chrunchy


Pilihan: Coklat penuh ( coklat gelap atau coklat susu)
Orange Chrunchy Lolipop
Rice and Nuts Chrunchy 

myKebaya

full view of Kebaya Fondant Cake.
Price: RM 250 with yr color of choice and veriety flowers.
1 week leadtime, please...

Sunday, April 25, 2010

Too blue.....

Terima kasih Ahmad Idham.
 Tahniah,Selamat bertunang 24April 2010. Semuga sejahtera rumahtanga yang bakal di bina.

Idea inspired by Rani Changlun.

Tuesday, April 6, 2010

Hantaran Gold

Orderd by Azlina of Kulim for the cousin's wedding in Kelantan


thanks Azlina

Sunday, April 4, 2010

Pek Hadiah

For Rodiah in UUM to her friend
Single pack of 16pcs
21pcs in clear plastic container

Tempahan dr PIBG SKSJ- cenderahati untukYDP dan VVIP
35pcs assorted milk couveture, dark couverture and milk compound