Homemade Chocolate. Cakes. Bakes. Kuih Melayu. Sirih Junjung.Hantaran. CenderahatiCall me: Jamilah aka Kakcik Tel/sms : 019 431 6261
Email: alam.jamilah@gmail.com
Bayaran: Jamilah Rejab CIMB :0733 0007533527
Lokasi: Bandar Perda, Penang
Online Order: penghantaran melalui Poslaju dan CityLink ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura.




Thursday, August 6, 2009

Loose Order

Loose order ni semuanya tempahan pada penghujung Julai.


1/2 kg coklat pelbagai perisa; tempahan CikguMaizura dan cikgu Norkiah dr sekolah anak saya di Seberang Jaya. Cikgu-cikgu ini nak rasa semua jenis coklat, saya satukan 40-42 biji coklat isian badam, hazelnut, kismis, praline strawberi, praline mocha, minty palletes ( yang bentuk love) truffle hazelnut dan almond dates delight.
Harga untuk 1/2 kg. coklat pelbagai rasa ini cuma $40.00 sahaja.




Lagi tempahan loose order 1kg untuk makan-makan dari Ir. Radha Krishnan. Dah kali kedua kawan sekerja saya ni menempah, kali ini dia minta lebihkan semi sweet dan dark coklat. Setiap kali order satu kilo; tapi kali ini packingnya nak bahagi dua, setengah kilo setiap satu pack. Kenapa, satu untuk girlfriend ke? hahaha..

Wei.. mana ada, marah saya punya mrs kalo dia dengar.. saya mao bawak balik Johor kasi parents....



Loose order dari anak murid kelas coklat saya Ida, untuk jualan di Expo IAT di Tesco Seberang Jaya ; 30Julai hingga 2 Ogos. Gerai Ida mempromosi produk sambal ikan bakar dan kuih raya dari kilang mereka. Kita letakkan coklat pada satu sudut. Ida dapat last minute confirmation untuk gerai kat expo itu, cuma 2 hari notisnya dari penganjur. Ada hikmahnya juga saya MC sbb kaki terseliuh hari Jumaat tu , dapat saya saya menekun siapkan almond dates delight, pralines dan coklat lollipop untuk support gerai Ida.







Coklat lollipop di gerai ekspo. Alhamdulillah, ini la product paling laju. Kami akan berusahasama lagi untuk Expo MICCOS di Serdang, minggu depan, InsyaAllah

No comments:

Post a Comment