Homemade Chocolate. Cakes. Bakes. Kuih Melayu. Sirih Junjung.Hantaran. Cenderahati

Call me: Jamilah Tel/WA : 019 431 6261
Email: alam.jamilah@gmail.com
Lokasi: Bandar Perda, Penang
Online Order: penghantaran melalui Poslaju dan CityLink ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura.




Thursday, August 20, 2009

Selamat Hari Jadi, anak-anak Ogos!

Tiap-tiap bulan semenjak bulan Februari, Atan ( maaf ya , Kakcik tak tahu nama sebenar ) menempah 3-5 kotak praline untuk hadiah harijadi staffnya di pejabat kejuruteraan miliknya. Katanya mereka nak coklat yang sama saja untuk hadiah harijadi dari boss, tak nak yang lain. Bulan Ogos ini 3 orang menyambut hari jadi. Sementelah dia serahkan packaging pada Kakcik. Kakcik beri kelainan sedikit pada bingkai kotak hadiah kali ini.
...ditambah sekotak lagi untuk anak isteri.. Close-up kotak semarak merah dan biru rhapsody...
Close-up kotak tapak sulaiman... saja-saja saya menggelar nama...
Semuanya coklat couverture. Atan kurang gemar coklat compound kecuali Dark Minty Palletes saya; jadi dia pinta semua coklat hadiah mesti dari couverture dengan inti praline dan kekacang yang pelbagai.

Bertuah ya dapat boss macam Atan...dan Kakcik amat berbesar hari menumpahkan seni coklat ini untuk hari lahir staff nya. Lapang hati tengok ekpressi wajah Atan dan isteri waktu menerima kotak hadiah kali ini. Walaupun tiap-tiap bulan mereka order, ada juga, "wow","whoaa....", "ermmm, cantik, sayang nak makan..."

Apapun Kakcik harap orang yang order, berpuas hati; dan yang menerimanya, bergembira.

Nota Harga :

Couverture 19 biji dalam bekas bujur hati RM 24.00
Couverture 9 biji dalam kotak berhias RM 12.00

No comments:

Post a Comment