Azzah8 ialah blogger tegar, tapi kini cuti blogging kerana menyiapkan thesis. Padaku dia wanita sempurna, ibu kepada 8 orang anak-anak yang berhemah, isteri yang kuat menerajui keluarga sewaktu suami bertugas di luar negara, pensyarah IPT, penuntut phD lagi. Dan ya, pakar IT ini punya jemari seni, menjahit cross-stitch, menanam bunga, mengait, malah menjual button dan perkakas jahitan....Blog Azzah cukup berinformasi.
Sila lah layari...Kami bertemu setelah puas berdrama; sila baca
di sini,
sana dan
sinun. Tersendu juga kami
waktu bertemu Azzah...tengok tu Aeez anak KakLady pun tercengang tengok makcik2.
Beberapa bulan dah berlalu, baru minggu ini aku sempurnakan pesanan Azzah; sekilo praline pelbagai isian rasa dan kekacang, semuanya dari couverture..
Kutitipkan juga lolipop untuk anak bungsu nya, Hanna' ; serta 3 biji nutty chrunchy pralines
Tempahan Azzah dikirim dengan courrier SureReach yang membuat penghantaran pada pukul 6 petang dan akan sampai pada esoknya, InsyaAlah.Penghantaran pada sebelah malam ini menjamin kesegaran coklat kerana ia tak terdedah pada cuaca yang terlalu panas.InsyaAllah coklat trjamin baik dan tidak cair. Setakat ini saya telah membuat penghantaran jauh, antaranya ke Brunei,Singapura, Terengganu dan KL melalui courrier. Setakat ini belum ada lagi kerosakan pada coklat yang dihantar dengan pos.
Jika berminat untuk menempah untuk makan-makan.. sila telefon / sms saya..019 431 6261.