Salams....
Mulanya saya mahu tumpukan pada mengajar coklat sahaja, tapi bbrp pertanyaan saya terima samada boleh mengajar yang lain.
Untuk permulaan saya perkenalkan 2 module baru Cafe Cakes dan Popcake.
Cafe Cakes meliputi asas membuat kek dan hiasan simple seperti kek jualan yang kita nampak di bakeri, kantin malah pasar malam. Asalnya dari permintaan seorang kawan yang mahu mulakan perniaggan kecil-kecilan, dan seorang lagi kawan yang dah tak larat nak beli kek dari saya... hahahaha. Elok sangat la tu kan, belajar buat kek untuk sajian keluarga; malah boleh berjualan.
Kelas Cafe Cakes akan bermula pada 6hb Mac dan ia telah penuh. InsyaAllah saya akan keluargan jadual kelas bulan April. Jika sesiapa berminat sila email / telefoa ya.
Yuran kelas ini ialah $220.00; hands-on ; untuk 13 jenis cake,cupcake, muffin dan brownie.
Tahun lepas, awal tahun begini homemade chocolate baru berputik kemudian mercup dan berkembang meriah. Sepanjang tahun 2009 pembuatan coklat jadi perbualan hangat; seronok melihat ramai yang dah berjaya di arena ini. Saya sendiri mengajar lebih 50 orang dan hampir semuanya yang berjaya berjualan. Antara ramai-ramai ni, saya kagum dengan Noraini yang membuat coklat 10kg hampir setiap minggu; semuanya untuk jualan dikilang tempat kerja dan tempahan yang pelbagai. Kak Nab di BP Ir Itam juga tak kurang hebatnya. Dari surirumah biasa, dia mampu meraih pendapatan lebih dari gaji naknya seorang eksekutif lulusan UiTM...Tapi Noraini dan KakNab begitu low profile, blog pun tak ada, tapi jualan mereka... Da BOMBBB. !!!!Alhamdulillah. Rajin juga dia telefon bertanyakan itu ini, InsyaAllah kita bantu dan berkongsi ilmu sekadar termampu dan sama-sama menuju kejayaan menggapai rezeki yang Allah taburkan untuk hambaNya.
Tahun ini 2010 , POPCAKE is a new phenomenon. Saya dah belajar buat Popcake; juga sudah berjualan semasa CNY dan buatkan ia sebagai satu penganan HANTARAN perkahwinan dan PERTUNANGAN. Mohon Allah berikan kelapangan waktu saya uploadkan gambar dan ceritanya di blog ini ya. Maafkan kelewatan saya update blog ini, terutama Yashida dan Kak Rohani yang ternanti-nanti....
Maklumlah ibu bekerja amat terhad waktu lapangnya.
Kelas POPCAKE akan bermula pada 20hb Mac; dah ada 2 kawan yang booking; dan ia masih terbuka.
Yuran kelas ini ialah $160.00. Jika berminat untuk tahu tentan g apa yang di ajar, sila hubungi saya, ya...