Salam dari Paka, sebakul buah segar untuk kamu..kerna sudi bertandang
hihihi...ngelatsss...Buah ini sebahagian dari 7 bekas hantaran pertunangan Ilyas Azman. Ibunya menyerahkan pada saya hiasan dan tema.."Ikut suka hang la nak buat camana pun, asalkan cantik.."... "hahaha.. senang kerja aku..." kata hati saya yang bernyanyi irama bunga dan riben besar dari kertas. Media yang paling suka saya kerjakan..Ya la.. dah lama bermain merlitmerlap hantaran ni.. sesekali guna kertas... alahai.. syiok!!!!
Kala ini saya sedang bercuti di sini yakni Paka, Kertih dan Kemaman.. Kuala Trengganu? Oh tidak.. saya lemas dengan traffic jam di bandar itu. Di sini damai menyaksi ombak dari laut biru. Santai berlunjur kaki di balkoni sambil online... memandu perlahan sambil nyanyi lagu t'ganu kite..cari satar Kuala Kemamang. Opps , kena update blog jugak! Memilih gambar-gambar aktiviti Indah Chocolatier sejak sebulan tak diterakan di sini. Maaf kak Shidah, Fizah, Ann dan Niza yang menanti wajah mereka beraksi dalam kelas coklat.Sabar ya.. adik kakak...
Jom tengok apa yang saya sibukkan sejak awal Februari hingga menjelang CNY..
coklat la tu... apa lagi kann....
persalinan lace perancis buat pakaian hari nikah
paling utama,dalam peminangan; sirih di dalam puan dan bekas cincin bersatu dalam setalam bunga rampai, berminggu saya siapkan bunga pinang dan bunga kapur bak setangkai cempaka itu.. warisan senitangan.
buah segar semanis cinta..
cengkerang berisi biskut
No comments:
Post a Comment