Homemade Chocolate. Cakes. Bakes. Kuih Melayu. Sirih Junjung.Hantaran. Cenderahati

Call me: Jamilah Tel/WA : 019 431 6261
Email: alam.jamilah@gmail.com
Lokasi: Bandar Perda, Penang
Online Order: penghantaran melalui Poslaju dan CityLink ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura.




Sunday, August 23, 2009

Coklat untuk Azzah8

Azzah8 ialah blogger tegar, tapi kini cuti blogging kerana menyiapkan thesis. Padaku dia wanita sempurna, ibu kepada 8 orang anak-anak yang berhemah, isteri yang kuat menerajui keluarga sewaktu suami bertugas di luar negara, pensyarah IPT, penuntut phD lagi. Dan ya, pakar IT ini punya jemari seni, menjahit cross-stitch, menanam bunga, mengait, malah menjual button dan perkakas jahitan....Blog Azzah cukup berinformasi. Sila lah layari...
Kami bertemu setelah puas berdrama; sila baca di sini, sana dan sinun. Tersendu juga kamiwaktu bertemu Azzah...tengok tu Aeez anak KakLady pun tercengang tengok makcik2.
Beberapa bulan dah berlalu, baru minggu ini aku sempurnakan pesanan Azzah; sekilo praline pelbagai isian rasa dan kekacang, semuanya dari couverture..
Kutitipkan juga lolipop untuk anak bungsu nya, Hanna' ; serta 3 biji nutty chrunchy pralinesTempahan Azzah dikirim dengan courrier SureReach yang membuat penghantaran pada pukul 6 petang dan akan sampai pada esoknya, InsyaAlah.Penghantaran pada sebelah malam ini menjamin kesegaran coklat kerana ia tak terdedah pada cuaca yang terlalu panas.InsyaAllah coklat trjamin baik dan tidak cair. Setakat ini saya telah membuat penghantaran jauh, antaranya ke Brunei,Singapura, Terengganu dan KL melalui courrier. Setakat ini belum ada lagi kerosakan pada coklat yang dihantar dengan pos.
Jika berminat untuk menempah untuk makan-makan.. sila telefon / sms saya..019 431 6261.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Hari Jadi, anak-anak Ogos!

Tiap-tiap bulan semenjak bulan Februari, Atan ( maaf ya , Kakcik tak tahu nama sebenar ) menempah 3-5 kotak praline untuk hadiah harijadi staffnya di pejabat kejuruteraan miliknya. Katanya mereka nak coklat yang sama saja untuk hadiah harijadi dari boss, tak nak yang lain. Bulan Ogos ini 3 orang menyambut hari jadi. Sementelah dia serahkan packaging pada Kakcik. Kakcik beri kelainan sedikit pada bingkai kotak hadiah kali ini.
...ditambah sekotak lagi untuk anak isteri.. Close-up kotak semarak merah dan biru rhapsody...
Close-up kotak tapak sulaiman... saja-saja saya menggelar nama...
Semuanya coklat couverture. Atan kurang gemar coklat compound kecuali Dark Minty Palletes saya; jadi dia pinta semua coklat hadiah mesti dari couverture dengan inti praline dan kekacang yang pelbagai.

Bertuah ya dapat boss macam Atan...dan Kakcik amat berbesar hari menumpahkan seni coklat ini untuk hari lahir staff nya. Lapang hati tengok ekpressi wajah Atan dan isteri waktu menerima kotak hadiah kali ini. Walaupun tiap-tiap bulan mereka order, ada juga, "wow","whoaa....", "ermmm, cantik, sayang nak makan..."

Apapun Kakcik harap orang yang order, berpuas hati; dan yang menerimanya, bergembira.

Nota Harga :

Couverture 19 biji dalam bekas bujur hati RM 24.00
Couverture 9 biji dalam kotak berhias RM 12.00

Monday, August 17, 2009

Congratulation, Graduates!!!

Tempahan Su dari Alor Setar, hadiah buat adiknya sempena konvokesyen di UTP, Seri Iskandar, Perak.

Patung beruang memegang kotak praline anika 9 biji berhias bunga ros warna champange.

Bear dan coklat dalam bakul ilham teman saya. Baca cerita selanjutnya

di sini
Satu lagi hadiah untuk seorang lagi graduan universiti yang sama, 6 tangkai lolipop digabung dengan patung beruang comel bertopi graduasi dan sejambak mawar ungu berkonsepkan bunga tangan (hand bouquet).

Sunday, August 16, 2009

Thank-you, Prof

Afiza is graduating from UTP with a degree in EE today. Congratulations dear. It's a day of achievement and indeed a happy moment for this pretty and smart young SONY engineer. Celebrating with family and graduating friends, she is also presenting a 24pc assorted couverture pralines as thank-you gift to her favorite professor.. That is so sweet of her...
In a simple brown box with floral cotton ribbons and gold lining with a single champange rose.....

with a small thank-you note. Isn't it cute?

To order...call me 019 431 6261
RM 45.00

Lillipop Bunga Pahar

Guru sekolah menengah saya meminta buatkan lolipop untuk buahtangan majlis berendoi cucunya. Saya cadangkan lilipop itu dipaharkan. Alhamdulillah, cikgu Fatimah happy sangat melihat kelainan buahtangan majlis kali ini.Terima kasih cikgu atas sokongan dan pujian
Couverture
25 tangkai
RM 75.00

Compound
25 tangkai
RM 50.00

Sunday, August 9, 2009

Untukmu Kekasih

Jejaka nan seorang ini nak berlepas ke Schzenchen, China petang ini. Kesian terpaksa berpuasa di rantauan. Esok harijadi tunang tercinta, sidia pesankan packaging yang "lain dari riben kilat-kilat" dan coklat pelbagai perisa, separa manis dan coklat susu. Saya selitkan gianduja dan minty pallete juga disamping praline mocha, strawberry, durian ganache , kacang hazelnut dan badam. Hendaknya berpuas hati dengan tema turqouise dan off-white ni. Alhamdulillah, pukul 5 petang dapat sms dari si jejaka, masih menanti penerbangan di airpot Bayan Lepas. Mesejnya.."Thanks Kakcik, for making it so special".

Saturday, August 8, 2009

Hantaran Ungu

Selamat Pengantin Baru Azlina dan Wafi.
8 Ogos 2009
Pasir Putih, Kelantan.
Dia agak risau kalau-kalau coklat mencair dalam perjalanannya balik ke Kelantan, kemudian hantaran nak di bawa pulang pula ke Parit Buntar! InsyaAllah, coklat kekal bentuknya dalam suhu 34C. Elok di masukkan dalam kotak, InsyaAllah coklat ni 'selamat' dalam penghawadingin kereta.
Azlina, eksekutif di pejabat saya membingkis kotak coklat 35 biji membalas hantaran suaminya untuk majlis perkahwinan mereka hari ini.
Saya pelbagaikan dalam pek hantaran ini praline durian, mocha, strawberi, hazelnut dan peanut butter selain kekacang untuk mengimbang memberi kemanisan setara.