Homemade Chocolate. Cakes. Bakes. Kuih Melayu. Sirih Junjung.Hantaran. Cenderahati
Call me: Jamilah Tel/WA : 019 431 6261
Email: alam.jamilah@gmail.com
Lokasi: Bandar Perda, Penang
Online Order: penghantaran melalui Poslaju dan CityLink ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura.
Friday, December 11, 2009
Silver and Black Fondant Cake
White and Gold 4 in One
Kotak lutsinar diisi 2 biji coklat couverture berkacang badam dan 2 biji coklat gelap kompaun. Saya perisakan coklat gelap dengan hazelnut dan dwi-warnakan dengan coklat kompaun putih.
Terbuka untuk tempahan:
Sila sms atau telefon untuk pertanyaan.
Saturday, December 5, 2009
November:Order RayaHaji; Hantaran & Wedding Doorgift
Harga: RM 23.00 / 50pcs / sebekas
Orange Chrunchy compound untuk wedding doorgift.
Mudah pack dalam 2 kotak besar polistrin - tapi tak ambil gambar sbb sibuk Nurul nak datang ambik pada Raya ketiga Aidil Adha .
===============================================
Blur sikit gambar ni - lapisan atas strwberry praline roses; lapisan bawah assorted chocolate dan truffles. Truffles di hias kekacang, untuk kekalkan keranggupan kacang ia di bungkus dengan pembungkus coklat.
Hantaran kan fragile?..pack dengan buble dan air-filled plastic , InsyaAllah dan Alhamdulillah package tak rosak menyeberang Laut China Selatan.
Wednesday, November 11, 2009
Kelas bulan Oktober
Hasil tangan Diana ; Juliana pun bawa balik hasil yang samaMemahami dan mengenal coklat original, coklat tiruan dan coklat masakan
Melakukan sendiri 2 adunan Penstabilan Coklat couverture ( tempering)
Membuat sendiri Tujuh Teknik kreatif penghasilan coklat
Juliana dan Diana buat gianduja. Hasilnya bear yang comel dan lilipop dari couvertureSunday, October 25, 2009
Coklat - menjawab bbrp soalan...
.Saya akan cuba jawab bbrp soalan yang kerap saya terima melalui email, phone call dan juga sms. Pada yang bertanya, maaf saya pohon kerana tak dapat jawab impromtu sebab ada waktunya soalan itu datangnya waktu saya bekerja atau bermesyuarat. Sebenarnya saya bukannya arif sangat pasal bab coklat ini. Ilmu coklat ini hanya dari kelas-kelas coklat yang boleh di bilang dengan jari juga dari pembacaan yang terhad. Apa yang saya tulis di sini hanya menjawab soalan yang kerap diutarakan pada saya.Jenis coklat:

Ramai yang bertanya coklat apa yang digunakan untuk penghasilan coklat homemade. Secara peribadi saya menggemari couverture. Peratus kandungan coklat sebanyak 57% coklat mengekalkan rasa chocolaty yang halus pad lidah dan ianya mengasyikkan. Puas makan.... Sebab itu saya banyak gunakan couverture dalam kelas dan juga untuk tempahan.
Coklat Belgian saya gunakan atas permintaan penempah sahaja. Harganya lebih tinggi,berpadanan dengan rasanya. Mulai minggu ini saya ada menyimpan stok Belgian coklat untuk seseorang yang amat sukakan coklat ini..
Kalau menggunakan couverture,saya gunakan compound Si(@0 dan SB. Sesekali saya gunakan coklat LKM; itupun ketika berjalan ke KL-Bangi dapatlah beli stoknya. Untuk coklat couverture, coklat berwarna yang saya guna untuk hiasan ialah coklat couverture putih yang diwarnakan dengan pewarna khas coklat.
Begitu juga dengan coklat compund. Saya gunakan jenama di atas. Dalam penghasilan coklat compound, saya tidak menggunakan coklat dari dari Indonesia walaupun warnanya menarik kerana bbrp perkara
1. Rasa
2. Kualiti
3. kandungan gula yang tinggi
Coklat berwarna jenama Indonesia ini saya gunakan sedikit untuk hiasan pada permukaan coklat sahaja, selainnya coklat compound jenama S& SB juga yang saya gunakan untuk menghasilkan coklat dar jenis compound.

Untuk kelas coklat, saya gunakan 2/3 coklat couverure dan 1/3 coklat compound. Say menitikberatkan teknik tempering yang betul sebelum beralih pada penghasilan coklat compound yang lebih mudah.
Inti/praline:Ya, saya buat sendiri berdasarkan resepi yang saya pelajari dari sifu coklat spt Chef Amir dan juga Sis Harida; pengusaha coklat terkenal tu...
Halal atau tidak?
Jawaban saya, saya mencari yang halal :)
Harga:
Harga untuk loose order adalah standard; tidak temasuk kos penghantaran
Harga untuk Coklat Hantaran, Doorgift dan hadiah berbeza antara satu dengan yang lain bergantung pada jenis/ bahan hiasan dan kotak yang di gunakan.
Kelas:
Selain di rumah dan di Komtar, saya juga adakan kelas ditempat lain. Baru tadi saya adakan kelas di Peel Avenue untuk 3 orang.
Yes, class can be conducted in English.
Sunday, August 23, 2009
Coklat untuk Azzah8
waktu bertemu Azzah...tengok tu Aeez anak KakLady pun tercengang tengok makcik2. Jika berminat untuk menempah untuk makan-makan.. sila telefon / sms saya..019 431 6261.
Thursday, August 20, 2009
Selamat Hari Jadi, anak-anak Ogos!
Bertuah ya dapat boss macam Atan...dan Kakcik amat berbesar hari menumpahkan seni coklat ini untuk hari lahir staff nya. Lapang hati tengok ekpressi wajah Atan dan isteri waktu menerima kotak hadiah kali ini. Walaupun tiap-tiap bulan mereka order, ada juga, "wow","whoaa....", "ermmm, cantik, sayang nak makan..."
Apapun Kakcik harap orang yang order, berpuas hati; dan yang menerimanya, bergembira.
Nota Harga :
Couverture 19 biji dalam bekas bujur hati RM 24.00
Couverture 9 biji dalam kotak berhias RM 12.00
